feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

TUN M KELUAR UMNO.TIBA GILIRAN ANWAR MASUK UMNO


SUMBER : MALAYSIA KINI
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemasukan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ke dalam Umno mungkin menjadi landasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali kepangkuan parti itu.“Dalam politik segalanya mungkin. Apa yang tidak disangka terjadi, boleh terjadi.“Anwar sedar untuk menjadi perdana menteri ia memerlukan sokongan dari Umno.“Anwar mahu masuk Umno kerana beliau mahu menjadi perdana menteri,” katanya ketika menyampai ucaptama dalam majlis suntikan semangat satria di Petaling Jaya hari ini.
Panelis di majlis tersebut ialah exco Pemuda Umno, Datuk Sazmi Miah dan bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan di Parlimen, Datuk Ruhani Ahmad.
Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, Umno perlu berhati-hati dengan kemasukan Ezam, terutama pada waktu sekarang.Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang media kemudiannya, mantan presiden Umno itu dengan sinis berkata, Umno terdesak untuk mendapatkan sokongan dari rakyat.Rela dipecat
“Ambillah (pengerusi DAP) Karpal Singh, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan menteri besar Perak sebagai ahli. Karpal Singh terutamanya boleh jadi ahli bersekutu,” tambahnya.Dr Mahathir juga berkata, beliau rela dipecat dari jawatan penasihat beberapa agensi kerajaan“Tetapi kalau dia suruh berhenti saya berhenti tetapi suka jika ditendang,” katanya.Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi dan Tioman.
“Saya tidak bergantung kepada itu. Saya lebih suka mereka tendang,” katanya lagi.