feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

JAMBATAN KE DUA PULAU PINANG :LIM GUAN ENG BOLEH MINTA BANTUAN ANWAR IBRAHIM


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah ditangguhkan berikutan masalah untuk mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk yang terbaik dan kos pembinaan yang meningkat. "Ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya. Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan."Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik,"
Ulasan :
Umum mengetahui bahawa Pak Sheikh Anwar seorang yang paling bongkak dan lantang bersuara bahawa ramai pelabur akan membantunya sekiranya Pembangkang menang. Di dalam hal jambatan kedua ini, sepatutnya pihak kerajaan persekutuan tidak perlu lagi membantu, dan Lim Guan Eng pula tidak perlu berasa kecewa dan terkejut kerana sebagai Ketua Menteri kamu boleh minta bantuan Pak Sheikh untuk menarik pelabur baru membina jambatan berkenaan. Pak Sheikh sendiri kata di dalam setiap rapat umumnya dalam pilihanraya ke 12 bahawa beliau mempunyai rangkaian pelabur yang kuat dari bumi Arab, Eropah dan negara luar yang lain. Apa pula yang Lim Guan Eng risaukan, bukankah Pulau Pinang sebuah negeri maju. Carilah pelabur sendiri dan tidak perlu mengharap bantuan Petronas.Yang Mutiara Melayu tahu tidak lama lagi Lim Guan Eng aka bertukar nama menjadi Lim Guan End yakni gagal dalam pemerintahan 2 bulan pertama.