feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BENARKAH UMNO MAHUKAN PERALIHAN KUASA ATAU ADA UDANG DISEBALIK BATU

Selepas sahaja PRU 12 tamat, juak-juak UMNO yang mahu Pak lah berundur terus melancarkan gendang perang yang bertalukan gong puaka dari bekas kepimpinan UMNO sendiri. UMNO seperti takut kepada realiti yang menunjukkan mereka kalah di persada nasional disebabkan keterlupaan kepimpinan mereka membela rakyat. Apabila kalah, semuanya ditujukan kepada Pak Lah. Barisan Majlis Tertinggi yang lain tidak bersalah. Barisan Naib Presiden tidak bersalah. Yang bersalah hanya Pak Lah. UMNO menyuruh orang Melayu bersatu, tetapi mereka mahu berpecah. Kepimpinan UMNO terperangkap dengan permainan politik untuk menjatuhkan Pak Lah. Kepimpinan UMNO perlu ingat bahawa rakyat masih lagi memilih UMNO kerana pemimpin nombor wahidnya.Namun persoalan yang timbul sekarang, siapakah yang mahu Pak Lah berundur?Rakyat atau pemimpin UMNO yang mahukan kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Di dalam pelbagai teori politik, kita harus percaya banyak cara kotor boleh digunakan untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada. Apakah kekalahan BN daripada mendapat majoriti 2/3 dirancang atau dengan sengaja berlaku?