ANWAR AGEN YAHUDI?
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Berikut ialah reaksi terhadap mesej jelas akhbar Israel tentang Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.
Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya. ''Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara. "Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia. Mohamed Ezam diminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan, semalam. Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini.