feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

TIADA YANG PERCUMA BAGI KERAJAAN PAS KELANTAN

KOTA BHARU: Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan (KTA) memperkenalkan perkhidmatan bot pelancong, Kelate River Cruise, sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2008.Presiden KTA, Nik Aman Nik Mohamad, berkata menerusi pengenalan satu lagi produk baru seperti ini, ia dijangka merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.Katanya, perkhidmatan menyusuri Sungai Kelantan ini akan mendedahkan pelancong kepada beberapa tempat menarik di negeri ini sepanjang sungai berkenaan."Perkhidmatan menggunakan bot River Cruise Seroja ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Hanis Holidays & Entertaimnet Sdn Bhd dan KTA."Perkhidmatan menyusuri Sungai Kelantan akan bermula dari Jeti Cruise Seroja berhampiran pasar raya Tesco dan akan ke Kuala Besar dan Pantai Suri kira-kira 70 kilometer dengan tempoh perjalanan satu jam," katanya.Beliau memberitahu pemberita pada sidang media ketika majlis pelancaran perkhidmatan itu di sini, semalam. Hadir sama, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Annuar Tan Abdullah.
Nik Aman berkata, bot bernilai kira-kira RM600,000 itu berupaya membawa 40 penumpang pada satu perjalanan dan turut dilengkapi ciri keselamatan dengan menyediakan 52 jaket keselamatan untuk dewasa dan kanak-kanak.Katanya, bayaran dikenakan ialah RM15 dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak bagi perjalanan hampir sejam menyusuri Sungai Kelantan."Perkhidmatan menggunakan bot River Cruise Seroja ini adalah satu produk pelancongan baru di negeri ini kerana sebelum ini belum ada lagi perkhidmatan bot pelancong di negeri ini," katanya.Beliau berkata, orang ramai juga boleh menggunakan khidmat bot ini untuk pakej perkahwinan atau sambutan hari jadi, selain mengadakan mesyuarat dalam bot."Kita akan juga menyediakan pakej lain untuk orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan bot ini sama ada majlis perkahwinan atau mengadakan mesyuarat," katanya.Annuar Tan berkata, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan peruntukan untuk menaik taraf bot itu terutama dari segi kemudahan serta ciri keselamatan penumpang."Kerajaan negeri akan memberi sokongan kepada usaha KTA ini memandangkan kerja membangunkan muara Sungai Kelantan sedang dilakukan iaitu di Pulau Kuda dan Pantai Mek Mas membabitkan kos RM400 juta," katanya
ULASAN : PAS KATA NAK TUBUH NEGARA KEBAJIKAN. TAPI NAK LAWAT SEPANJANG SUNGAI KELANTAN PUN KENA BAYAR.RM 15 LAGI.NI BUKAN NAMANYA PERCUMA, TAPI MAKAN DUIT BERSAMA SYARIKAT YANG DILANTIK.