feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SAMSENGNYA DAP


SUMBER : SELANGOR DAILY

Pemimpin DAP Klang Utama, Ng Shi Leong belagak seumpama samseng bila enggan membayar sewa yang dikenakan untuk penjaja Pasar Pagi Klang Utama. Beliau bukan sahaja enggan membayar sewa malah menghasut penjaja lain supaya tidak membayar sewa tapak kepada Persatuan Penduduk Klang Utama. Ng Shi Leong menghasut penjaja lain supaya tidak membayar sewa dengan menyatakan Persatuan Penduduk yang menguruskan pasar pagi tersebut tidak diberi sebarang kuasa oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK). Namun dakwaan ini dinafikan oleh Persatuan Penduduk Klang Utama kerana mereka mempunyai surat kebenaran dari MPK bagi mengeluarkan mengutip bayaran pengurusan atas tapak tersebut. Sikap DAP ini dianggap oleh penjaja lain sebagai cuba mencari keuntungan mudah untuk perniagaan beliau. Untuk rekod, pasar Pagi ini diuruskan Persatuan Penduduk atas tanah persendirian dengan kebenaran MPK. Justeru sebagai peniaga adalah wajar Ng Shi Leong membayar sedikit bagi tapak beliau.


Di mana-mana pasar pun peniaga perlu membayar bayaran tapak bagi tujuan pengurusan dan kebersihan. Sudahlah tidak mahu membayar, Ng juga menghasut penjaja lain supaya jangan membayar. Tidak cukup itu beliau juga membuat dakwaan palsu bahawa persatuan penduduk menggunakan samseng untuk mengutip sewa. Hakikatnya persatuan penduduk tidak perlu menggunakan samseng untuk menguti sewa kerana mereka mempunyai hak menarik balik tapang penjaja yang enggan membayar yuran tapak. Sikap DAP di mana-mana sahaja hanya mencari kepentingan peribadi atas kononnya kepentingan rakyat. Nama rakyat diangkat untuk perjuangan peribadi yang tersembunyi. Persatuan penduduk Klang Utama memang ada memberi kelonggaran kepada penjaja yang menghadapi masalah kewangan. Namun tentulah pengecualian tidak boleh diberi kepada Ng hanya semata-mata beliau Ketua DAP cawangan Klang Utama, sedangkan perniagaan beliau lebih maju dari sebahagian penjaja lain. Belum menang pilihan raya sudah korup, kalau menang lagi teruklah jawapnya.