feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS MEMBOHONGI RAKYAT DALAM MENEGAKKAN HUKUM ALLAH

" ANWAR SENDIRI MEMBUAT PERKIRAAN KEWANGAN UNTUK MEMBANTU PAS.HJ HADI MEMBACULKAN PERJUANGAN PAS DAN MENGHARAPKAN BELAS IHSAN SEORANG SAHABAT YAHUDI."

SUMBER :HARAKAH DAILY"
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan PAS akan bertanding 60 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang dan menjelaskan rundingan pembahagian kerusi di antara parti KeADILan di seluruh negara juga sudah selesai. Beliau menjelaskan jumlah kerusi yang dipertandingkan itu mestilah sesuatu yang praktikal dan paling penting ialah objektif keadilan kepada semua lapisan masyarakat tercapai. "Alhamdulillah pembahagian kerusi semua selesai termasuk di Kelantan dan seluruh negara," katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.
ULASAN :
Untuk menggubal undang-undang dan menjadikan Perundangan Islam sebagai asas, PAS memerlukan 2/3 di dalam parlimen. Tapi malangnya, PAS hanya bertanding 60 kerusi sahaja dan tak sampai pun majoriti mudah. Kerusi parlimen yang dipertandingkan kali ini ialah berjumlah 222. Apakah PKR akan menyokong PAS apabila PAS sendiri mengusulkan soal perundangan Islam? Jawapannya, PAS sebenarnya bertanding untuk memecahkan kesatuan Islam di Malaysia. DAP sudah tentu tidak akan menyokong dasar PAS. Apatah lagi PKR yang hampir 2/3 MKTnya ialah orang bukan Islam. Pas membohongi rakyat. Yang pekiknya, HJ Hadi sanggup memberi kerusi yang banyak kepada PKR atas dasar kompromi. Timbul persoalan, kompromi atau PAS tiada duit dalam pilihanraya kali ini. PAS sememangnya mengharapkan suntikan dana daripada Anwar. Justeru, kesimpulannya, PAS adalah kuda tunggangan PKR dan sia-sialah PAS menjadi sebuah parti yang dicucuk hidungnya oleh PKR.