PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007:MENERUSKAN HALA TUJU PERJUANGAN
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
DISUNTING DARIPADA KELAB MAYA PENYOKONG UMNO
Pada 5 hingga 9 November 2007, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan. Seramai 2,500 perwakilan daripada 190 bahagian termasuk barisan kepimpinan parti dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tersebut. Brig. Jen (B) Datuk Husainay Hashim, selaku Setiausaha Kerja UMNO berkata, 13 perwakilan akan mewakili setiap bahagian pada perhimpunan tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 190 bahagian tersebut akan menghujahkan usul masing-masing kecuali bahagian Jelutong yang digantung penyertaannya berpunca dari masalah dalaman. Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menerangkan bahawa kali ini, perhimpunan akan lebih tertumpu kepada hala tuju perjuangan parti 50 tahun akan datang setelah mencapai kejayaan besar pada setengah abad pertama kemerdekaan negara. Semoga perhimpunan tahun ini mencapai sasarannya, bak kata pepatah "Buang yang keruh, ambil yang jernih".