feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS TIADA HALA TUJU.

HJ HADI TIDAK MAHU BERPAKAT DENGAN DAP KERANA DAP IALAH KAFIR LAKNATULAH

DAP TIDAK MAHU PAS DALAM KERAJAAN PEMBANGKANG.

Gabungan Pas dengan parti pembangkang yang lain tak ubah seperti 'pengantin kahwin mutaah'. Sebetulnya, di kalangan masyarakat yang berpegang kepada pendapat ahli sunnah waljamaah memang tidak berlaku perkahwinan mutaah. Tetapi sebagai penjelasan kepada sikap Pas istilah ini merujuk kepada 'pakatan' yang dimaksudkan oleh Pas ialah kahwin untuk bercerai. Maksud kahwin mutaah itu dasarnya untuk menentukan waktu dan selepas waktu itu ditentukan, mereka akan bercerai. Bukan tujuan kahwin untuk kekal sepanjang masa dan selama-lamanya. Berbeza dengan BN, perkahwinan mereka bukan mutaah. Sebaliknya dengan tujuan untuk kekal bersama-sama. Sedangkan pas dalam pakatannya dengan DAP tak ubah kahwin mutaah kerana dari awal-awal lagi, mereka sudah bersetuju untuk bercerai kalau sudah menang pilihan raya. Selepas menang pilihan raya, sekiranya pakatan pembangkang berkuasa, Pas akan mendirikan negara Islam yang mereka percaya sebagai negara Islam Pas. DAP pula tidak akan menerima. Maknanya dua-dua sudah faham dan tahu bahawa pakatan ini akhirnya nanti akan bercerai selepas berhasil kerana masing-masing sudah menyatakan pendirian mereka. Umpamanya, kalau Pas berkuasa selepas pilihan raya dan membentuk kerajaan, pertama sekali yang akan dilaksanakan oleh Pas ialah mendirikan negara Islam sebagaimana yang mereka percaya. Pada masa yang sama, pertama sekali yang akan dilakukan oleh DAP ialah menentang hasrat Pas. Jadi perkahwinan Pas dan Dap ini hanya untuk pilihan raya. Kalau sudah menang mereka pasti bercerai semula. Tetapi kalau tidak menang, mereka juga akan bercerai kerana pada dasarnya mereka sangat berlainan.