feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KORIDOR UTARA TIDAK AKAN TERLEPAS KEPADA PIHAK ASING


Sumber : Utusan Online 2 Oktober 2007


KUALA LUMPUR 12 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kerajaan tidak akan membiarkan projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) ‘terlepas’ kepada pihak asing.Perdana Menteri berkata, ia tidak akan berlaku walaupun kerajaan kini menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) bagi membantu pembangunan lebih cepat di koridor berkenaan.“Isu sama ada koridor ini akan ‘terlepas’ atau ‘tidak terlepas’ kepada pelabur asing tidak timbul sama sekali berikutan cadangan kerajaan mewujudkan badan pemantau iaitu Agensi Pelaksana Koridor Utara (NCIA).

“Fungsinya sama dengan Lembaga Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang telah ditubuhkan bagi mengawasi projek- projek di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Johor,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Salahuddin Ayub (Pas- Kubang Kerian) yang mahu kerajaan memberi jaminan Koridor Utara tidak akan terlepas kepada pelabur asing seperti Singapura.Menurut Abdullah, peranan kedua-dua agensi itu ialah memastikan pelaburan dari luar tidak membawa apa-apa keburukan atau kesan negatif terhadap pelaksanaan semua koridor yang telah dirancang.Selain itu, katanya, agensi kerajaan lain seperti Khazanah Nasional dan kementerian berkaitan juga akan membuat pemantauan di koridor berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua agensi itu juga berperanan membuat perancangan teliti dan terperinci bagi memastikan pelan induk pembangunan setiap koridor berdaya maju serta boleh dilaksanakan.Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Hock Seng (DAP-Bagan), Abdullah berkata, sehingga 31 Ogos lalu, daripada keseluruhan 29,947 projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 10.7 peratus atau 3,207 projek telah disiapkan.Beliau berkata, sebanyak 28.3 peratus (8,467 projek) berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan 61 peratus (18,273 projek) belum dilaksanakan kerana masih dalam proses mengenal pasti tapak, reka bentuk dan ringkasan projek.Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek berkenaan kini dipantau melalui Sistem Pemantauan Projek II.“Senarai lengkap projek ini mengikut negeri, daerah, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang boleh diperoleh daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pejabat Pembangunan Negeri,” jelasnya.