feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BUDAYA KRONISME DALAM PAS


1.Saham terbesar, 90 peratus, syarikat North East Plantation yang memohon tanah itu dimiliki oleh Hishamuddin Yahya, bekas pengarah urusan Harakah dan juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Sanggang, Pahang pada awal 2004. 40 peratus tanah yang diluluskan itu tidak sesuai untuk kelapa sawit kerana berkecerunan lebih 25 darjah dan tanah rezab hutan simpan kekal yang boleh "membawa kesan (kemusnahan) ekologi yang buruk." "Kerana kroni, pengarah Perhutanan Terengganu pula terpaksa (mengambil) tindakan untuk membatalkan pewartawaan hutan simpan berkenaan (atas arahan kerajaan negeri),".


2. Kerajaan Kelantan "menyelewengkan konsesi balak" berjumlah RM300 juta sebagai dana untuk menampung gerak kerja PAS dalam pilihan raya umum .Konsesi seluas 10,000 ekar selama 10 tahun di Hutan Simpan Lebir diberikan kepada pihak ketiga oleh Akademi Yakin Sdn Bhd, sebuah agensi milik kerajaan negeri yang ditubuh untuk mengurus sebuah kolej kerajaan Kelantan yang belum wujud, Kolej Islam Antarabangsa (Kias). Konsesi itu dibayar sebanyak RM10 juta sedangkan anggaran sepatutnya, menurut satu aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), berjumlah RM300 juta.



3. kawasan (balak) ini diberikan tanpa tender. Dipercayai kelulusan (ini) atas campurtangan seorang anggota exco (kerajaan Kelantan) berpengaruh setelah (ahli) lembaga Akademi Yakin mengadakan mesyuaratnya di Kota Bharu.


4. Menteri besar Kelantan meluluskan projek berjumlah RM667.5 juta kepada sebuah syarikat yang dimiliki, antaranya oleh besannya sendiri, yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun


5.Projek raksasa


Abdul Fatah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat ini, Pubel U-Home Everight Sdn Bhd . Sementara ketua eksekutifnya dipegang oleh seorang pemimpin PAS, Mohd Zahari Awang yang berasal dari Pulau Belanga. Menurut senaskah tabloid yang di baca, nama syarikat tersebut 'Pubel' adalah singkatan daripada 'Pulau Belanga.'


Projek pembangunan bandar pengangkutan automotif bersepadu (Afta City) di kawasan 220.7 hektar di Gual Periok, Rantau Panjang, sukar dijayakan oleh syarikat yang tidak berpengalaman dan hanya bertujuan meraih wang segera (apabila dijual kepada syarikat lain) menjelang pilihanraya umum . Projek mega Afta City diisytihar selepas satu projek raksasa yang diumumkan pada Januari tahun ini. Nik Aziz pernah meluluskan projek 'menara berkembar Kelantan' bernilai RM100 juta dan dijangka siap menjelang 2004.


Selain dua projek mega ini yang diragui kejayaannya, Kelantan sebelumnya pernah gagal membangunkan projek besar di Pengkalan Kubor, Tumpat. Projek pembangunan bandar baru di kawasan 7,200 hektar yang bernilai RM2.3 bilion terpaksa dibatalkan. Selepas projek itu dikecilkan kepada 174 hektar dengan belanja RM200 juta, syarikat yang dipilih MJS Partners Sdn Bhd masih gagal menjayakannya walaupun RM12 juta telah hangus.
Tindakan itu, , mengulangi apa yang pernah berlaku ketika PAS memerintah Kelantan 20 tahun sebelum ini (sebelum ditewaskan 1978) apabila pemimpinnya menggadai kawasan hutan balak di situ.
Di Terengganu pula, Abdul Hadi Awang meluluskan kawasan pembalakan seluas 41,000 ekar dengan nilai RM260 juta kepada seorang pembalak yang telah disenaraihitamkan kerana pernah menceroboh kawasan yang tidak digazetkan. Hutan Simpan Petuang dan Tembat di Kenyir, Ulu Terengganu, diberikan kepada SPT Sdn Bhd .Siasatan menunjukkan berlaku banyak penyelewengan dalam pemberian projek ini, khususnya amalan pilih kasih (nepotisme) kepada SPT Sdn Bhd," dakwa akhbar itu.