feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL TUBUH PASUKAN KHAS BANTU MANGSA BANJIR

SEKITAR HADAPAN GATE KERETAPI BANDAR TASEK MUTIARA

KEADAAN TAMAN ENGGANG
JALAN DIHADAPAN PASARAYA 800


KEADAAN BANJIR DI BANGUNAN BARU BANDAR TASEK MUTIARA




JALAN KE KG KEPALA GAJAH TERPUTUS




BANJIR DISEKITAR PERKAMPUNGAN MELAYU BERHADAPAN PASARAYA 800

OLEH :Wartawan Lapangan Mutiara Melayu Pulau Pinang (MMPP)

8 September. Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan sekali lagi dilanda banjir kilat kesan daripada hujan lebat yang turun tanpa henti pada malam 7 September. Banjir kilat yang berlaku pada hari ini agak buruk berbanding 2 bulan lepas. Penduduk di sekitar Taman Enggang terpaksa mengemaskan pakaian dan menyelamatkan baranG-barang keperluan. Menurut Encik Shafie salah seorang penduduk tempatan yang ditemui,beliau menyatakan banjir kilat kali ini disebabkan ban yang pecah di belakang perkampung PPRT.Pun begitu pihak yang berwajib masih lagi belum mengemukakan sebarang maklumbalas tentang banjir kilat berkenaan.Paras air yang naik tidaklah sampai ke tahaP berjaga-jaga. kenderaan ringan masih lagi boleh menggunakan jalan utama Simpang Ampat-Kg Kepala Gajah.
Sehubungan dengan itu, UMNO Bahagian Nibong Tebal telah menubuhkan satu pasukan petugas khas membantu mangsa banjir disekitar Taman Enggang, Kg Kepala Gajah dan kampung-kampung berdekatan. Tindakan UMNO Bahagian Nibong Tebal haruslah dipuji, kerana komitmen yang diberikan membuktikan UMNO peka terhadap masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat.Keadaan ini tidaklah seperti PAS yang hanya pandai beretorik tetapi lewat menghulurkan bantuan.