feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KRONI KRONI ANWAR SEWAKTU BERMAHARAJALELA DALAM KERAJAAN


Wah!!!!!segak bang nuar naik jet peribadi.Itu pun dok tuduh kerajaan macam-macam.
Terdapat beberapa fakta yang boleh mengaitkan nama-nama Anwar Ibrahim, kroni-kroninya seperti Dato Ishak Ismail, Nik Aziz Nik Hassan dan Dato Mohd Said, Pengerusi Telekom Malaysia. Mereka ini dikatakan terlibat secara langsung dengan aktiviti liar kumpulan reformasi dan penerbitan akhbar Ekslusif dan mempunyai hubungan perniagaan dengan Telekom Malaysia.
Akhbar Eksklusif ( DITERBITKAN AWAL ZAMAN REFORMASI) yang dikatakan diterbitkan sempena mendokong gerakan reformasi Anwar Ibrahim. Akhbar ini telah condong kepada gerakan reformasi dan sering memaparkan tuduhan-tuduha liar dan tidak berasas serta pencemaran nama-nama pemimpin tertentu. Berita-berita tersebut di samping beberapa berita sampingan telah menjadi intipati akhbar ini. Penerbitan akhbar ini juga secara tidak langsung telah menonjolkan juga hubungan terus bekas Pengerusi Telekom Dato Mohd Said dengan Anwar Ibrahim.


Jalinan hubungan ini bermula dengan fakta bahawa Eksklusif ialah penerbitan syarikat hak milik Karangkraft. Syarikat Karangkraf juga memiliki syarikat pencetak Ultimate Print yang sekarang mencetak buku panduan kepada Telekom Publications Sendirian Berhad (TPSB) iaitu anak syarikat kepada Telekom Malaysia. Karangkraft juga memiliki anak syarikat bernama Media Network, syarikat yang memegang tender untuk membekalkan kertas kepada TPSB Salah seorang daripada ahli jawatankuasa induk Parti Keadilan Nik Aziz bin Nik Hassan merupakan tuan punya Syarikat Pencetakan Jiwamas yang juga pencetak buku panduan TPSB.
Satu lagi pembekal yang berurusan dengan TPSB ialah Perda Holdings yang memegang tender bekalan kertas pada tahun 1998 dan 1999. Syarikat ini ialah anak milik Idris Hydraulic dan dimiliki oleh Dato Ishak Ismail yang juga memiliki Kentucky Fried Chicken (KFC).


Dato Ishak ialah seorang kroni kanan dan tali barut kepada Anwar Ibrahim dan beliau didakwa sebagai penganjur dan financier kepada semua kekacauan dan tunjuk perasaan oleh orang awam bersabit kes Anwar Ibrahim. Sebagai rumusan Eksklusif, Karangkraft, Media Network, Ultimate Print, Jiwanas, Perda Holdings adalah dimiliki oleh kroni-kroni Anwar. Di samping itu kesemua individu-individu yang tersebut di atas yang menbangkang kerajaan dan PM dengan secara langsung atau tidak dibiayai dan meraih kekayaan daripada urusniaga dengan Telekom Malaysia.

Ketua Eksekutif Telekom Malaysia Dato Mohd Said telah dengan sengaja menutup mata dan berdiam diri sebab beliau dikatakan menyokong Anwar Ibrahim dan telah banyak membantu beliau dan syarikat-syarikat kroninya seperti Alcatel dan Marconi. Syarikat-syarikat ini mendapat kontrak untuk membekal kelengkapan telekomunikasi di luar negeri di bawah syarikat usahasama Telekom JV . Dato Mohd Said juga dikatakan telah mengaut kekayaan dalam transaksi pembekalan ini. Boleh dikatakan aktiviti syarikat-syarikat ini bergantung kepada keupayaan wang yang banyak dan Telekom Malaysia telah bermurah hati menberi bantuan perniagaan yang amat lumayan.


Alhamdulillah, dengan adanya kebijaksaan Tun M ketika itu, semua kroni-kroni Anwar akhirnya mengundur diri secara dipaksa dan terpaksa. Mereka perlu mengaku bahawa mereka kaya disebabkan perniagaan yang dijalankan untuk Anwar.