feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ipoh Timur mengelabah di Parlimen

Tidak layak dilantik sebagai ADUN

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy hari ini menafikan wujudnya penyelewengan dalam pelaksanaan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang menelan belanja RM4.6 bilion.Beliau yang menjelaskan perkara itu turut menolak dakwaan bahawa projek berkenaan merupakan satu kegagalan.Chan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini menjelaskan kos keseluruhan PKFZ itu antara lain termasuk kos pembelian tanah (RM1.807 bilion).Kos itu juga dibahagikan untuk kerja pembangunan kemudahan infrastruktur sebanyak RM1.845 bilion, yuran profesional sebanyak 10 peratus dan perubahan kerja yang dihadkan kepada 20 peratus (sekiranya digunakan), katanya."


PKFZ merupakan satu projek nasional yang melibatkan penyediaan infrastruktur untuk membantu pertumbuhan kargo di Pelabuhan Klang. Seperti lain-lain projek strategik dan besar, kerajaan akan memberi bantuan kewangan untuk pelaksanaan projek berkenaan."Begitu juga untuk projek PKFZ, kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah kepada Lembaga Pelabuhan Klang," katanya.Lim dalam soalannya bertanya sebab penyelewengan dan kos berlebihan berbilion ringgit bagi PKFZ tidak dipantau walaupun terdapat amaran daripada Jabatan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara, dan sama ada perkara itu sengaja ditutup.Mengenai dakwaan PKFZ sebagai projek gagal, Chan mempertahankannya dengan menjelaskan bahawa dalam masa singkat PKFZ telah berjaya menarik 30 pelabur dengan nilai pelaburan sebanyak RM725 juta dan menawarkan 809 peluang pekerjaan.Pencapaian itu hanya dicapai oleh PKFZ dalam tempoh antara 1 November 2006 sehingga Ogos 2007, katanya.