feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

APABILA PENGAMAL KRONI BERCAKAP SEPERTI ORANG MUNAFIK

"SELAMAT TINGGAL KRONIKU.LAIN KALI KALAU AKU BERKUASA, AKU AKAN BAGI SEMUA DEKAT HANGPA.DENGAN MALAYSIA INI AKU JUAL BAGI DEKAT HANGPA.BIAR PADAN MUKA MELAYU."

RENUNG DAN INGAT KEMBALI SEJARAH


Mereka yang sedang menjerit kronisme hari ini pun, suatu ketika dahulu adalah penjilat dasar keutamaan orang Melayu ini. Nama-nama seperti Rahim Ghouse, Kamaruddin Jaafar, Ezzam, Azmin, dan ramai lagi yang melaungkan nada kronisme adalah golongan muda Melayu yang dengan cepat dan pantas melonjak sama ada dalam perniagaan mahupun jawatan kerajaan kerana pertolongan kerajaan pimpinan UMNO.


Sally Cheung dalam bukunya “Malay Entrepreneurs” tidak segan silu menulis Kamarudin Jaafar sebagai usahawan yang mempunyai hubungan dengan ‘top politician’. Mereka ini mengecap kemewahan tanpa keperitan dan melalui sebarang kesusahan yang dirasai oleh para usahawan Melayu perintis seperti Daim Zainuddin. Mereka tidak pernah ke mahkamah, tidak pernah rugi dan tidak pernah merasa susah untuk meyakinkan bank bagi mendapatkan pinjaman. Berapa orang daripada pemimpin keadilan yang kaya hari ini pernah rugi dan hampir bangkrap seperti Daim dahulu? Tidak ada.

Mereka semua dibantu dan ditolong oleh dasar kerajaan yang mereka kecam hari ini. Malahan mereka yang berada dalam Keadilan dan PAS sekarang ini menjadi kaya dan senang lebih muda dan mudah berbanding generasi ‘Pembangun Negara’ didikan Peremba. Berapakah usia mereka yang mengaut kekayaan dan kemewahan hari ini berbanding usia Tajuddin Ramli, Halim Saad dan Mohd Desa Pachi ketika mereka menjadi jutawan atau usahawan berjaya? Hampir separuh.
Balik sahaja dari luar negara, tubuh syarikat dan ‘terhegeh-hegeh’ mendapatkan ‘pink form’ Kementerian Kewangan atas dasar membantu orang Melayu. Hari ini mereka sibuk memaki hamun dasar yang suatu ketika dahulu merekalah pendokongnya semata-mata kerana mereka sudah tidak ada kepentingan lagi.

Mereka lupa pada nasib dan masa depan ratusan ribu orang Melayu dan rakyat Malaysia yang menjadi kakitangan syarikat-syarikat besar ini. Apakah nasib mereka dan masa depan keluarga mereka sekiranya kerajaan membiarkan syarikat-syarikat ini muflis dan dijual kepada pelabur asing? Bagamana pula dengan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Industri Hiliran yang menjadi pembekal bahan kepada konglomerat Melayu ini?